Majlis Penutup Hari Terbuka PI Bersama Komuniti 2018
13 April 2018 | Aktiviti TerkiniProgram Hari Terbuka PI Jeram Tekoh Bersama Komuniti 2018 berjaya diadakan pada 7 April 2018 (Sabtu) dengan selamat & sukses. Serta, sambutan yang sangat memberansangkan dan melebihi sasaran kami. Sekalung tahniah & penghargaan dirakamkan buat seluruh pihak yang menjayakan program ini secara langsung atau tidak langsung.
Majlis penutup dan penyampaian hadiah pemenang lima (5) kategori pertandingan telah dirasmikan oleh Tuan Haji Fakri Mohamed merupakan Pegawai Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Gua Musang dan merangkap Ketua Peneroka Kesedar Jeram Tekoh.
Satu penghormatan besar juga buat pihak kami, kerana tetamu yang hadir bukan hanya dari komuniti setempat (Kampung Jeram Tekoh), malahan dari sekitar jajahan Gua Musang antaranya dari Chiku, Paloh, Taman Agropolitan (ECER), Taman Kesedar Jaya, Kampung Limau Kasturi, Kampung Sungai Asap, Kampung Kundor, PPR Gua Musang dan lain-lain (Berdasarkan pengesahan semakan senarai nama ahli baharu) yang jaraknya sekitar 30 kilometer dari PI Jeram Tekoh.
Setinggi-tinggi penghargaan & ucapan terima kasih kami juga kepada tetamu VIP kami iaitu Pegawai Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Tuan Haji Fakri Mohamed & rakan media kami dari Sinar Harian, Puan Akmalia Razak yang sudi meluangkan masa bagi menjayakan program ini. Terima kasih di atas sokongan anda semua. Tanpa anda semua, siapalah kami!
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: